Sunday, December 26, 2010

Madah-madah Cinta




JOM LAYAN JIWANG SIKIT DGN INSTRUMENTAL NI
sambil2 korang baca tu korg play la video ni sama untuk naikkan mood romantik

Dibawah ini aku kongsikan madah2 cinta untuk tatapan korang,manatau kot2 leh bg idea atau nak cilok bagi kat korang punya yang tersayang.Apa2 pun nak dijelaskan terlebih dahulu bahawasanya semua madah2 ni bkn aku yang punya tapi aku just copy paste dari mana2 laman web yang ada dalam internet ni jer.



Saturday, December 25, 2010

Kisah cinta diantara aku dan suamiku..

nie gmbr aku dan si dia sebelum kahwin,masa ni kitorg dlm lrt nk menuju ke stesen Putra.Waktu ni dia nk htr aku ke terminal bas Putra nk balik ke Kelantan.

DETIK PERKENALAN:-

     Mcmana nk mula ye???mmmm...asalnya aku mula2 kenal dia kat dlm Myspace.Masa tu dia hantar msg nk berkenalan so waktu baca msg dari dia,aku xder pikir apa2 so reply la.Iya la dh org nk berkwn,xkan kita nk jual mahal plak kan?lg pun aku mmg ada ramai kwn lelaki kat dlm website tu tp just kwn dlm net ajela tp xsangka plak perkenalan aku dgn si dia ni nk jd serious plak.


      Mula2 kami just kwn dlm myspace jer tp xakrab mana pun.Suatu hari dia minta no phone,rasa berat hati nk bg sbb takut nati dia ni jenis yg mengarut ke (paham-paham la org laki skrg ni)tp dia plak beria-ia sgt siap jelaskan yang dia bkn jenis lelaki jahat,dia ikhlas nk kenal rapat dgn aku so aku pun bagi la lantaran dia ckp dia jarang online oleh tu klu ada no phone senang skit bg dia nak berhubung dgn aku.Lps dpt no ,mlm tu dia call dan kami sembang2 biasa jer.So far dia ok je..aku anggap dia kwn biasa so kdg2 kami sms jer.Aku pun xde layan lbh2 sgt sbb busy dgn bisnes aku.
so lama-kelamaan kami lost contact selepas 2minggu disebabkan masing2 busy.


    Nak dijadikan cerita,kami akhirnya kembali berhubung selepas dia jumpa aku kat dlm web Tagged plak.Dia htr mail tnya kenapa aku xhubungi dia lg so aku ckp la yg aku busy.(yang sebenarnya aku xberapa interested dgn dia pun sbb sepanjang aku kenal dia tu,dia jenis org yang serious memanjang ,xpandai melawak so kira dia fail la dlm memenangi hatiku).Tp dia ni jenis yang tidak mudah mengalah,dia kembali menghubungi no phone aku semula.kira asal tgk hp je xde org lain dah yg call atau sms aku,mesti dia jerrr!!!Tapi aku tetap layan wlwpun kekadang rasa meluat sgt dgn dia.


    Suatu mlm dia call aku,dia ckp dia betul2 cintakan aku...Hah gila ke dia ni?jumpa pun xpernah tiba2 ckp psl cinta.Aku plak mula nk jauhkan diri dgn seribu satu alasan tp dia tetap terus meyakinkan aku tentang perasaan dia.Kononnya inilah pertama kali dalam hidupnnya dia jatuh cinta pada seorang perempuan ...huh aku cam xcaya ajela so aku reject la tp dia plak menangis dlm phone membuatkan aku rasa serba salah dgn tindakan aku...betul ke apa yg aku buat ni?zalim ke aku ni?bila aku pikir sejenak aku jgk pernah merasai kekecewaan,rasanya sungguh perit dan teruk skali so aku memujuk hati aku sendiri untuk jgn pentingkan diri sendiri.Kadang kala mmg kita ditakdirkan untuk tidak memiliki cinta yang kita pilih tapi tiada salahnya kalau kita memberi cinta pada org lain,beri peluang pada orang lain memiliki cintanya.
     So aku bagitau dia klu betul2 sukakan aku,dtg jupa aku kat kelantan pastu aku cabar dia suruh jumpa dgn mak aku.Saja aku cakap mcm tu sebab nak takutkan dia sikit so dia jangan igt senang2 nak main-mainkan aku.Dia setuju dan dia cakap bila dia jupa keluarga aku,dia nak bincang dengan mak.So dia ckp minggu dpn dia akan dtg ke Kota Bharu untuk berjumpa aku utk pertama kali dan sekali gus bertemu keluargaku.


DETIK PERTEMUAN:-

     Hari yang dijanjikan telah tiba,aku pula rasa gemuruh dan cemas sgt,takut pun ada,tak tau la kenapa,,,Mungkin aku nervous sgt kot,pada mak aku dh bgtau yang aku akan jupa dgn seseorang,jadi mak aku izinkan untuk keluar jumpa dgn si dia.Anyway mak aku ni jenis org yang sporting even sometimes she little bit strict with her children,yelah dh nama mak mesti dia jenis bersikap seorang "pelindung" kan?Dia doakan agar aku selamat  dari segala benda buruk.
  
    Berbalik pada kisah aku td,si dia call cakap yg dia dh tiba di stesen bas Kota Bharu.Aku pun suruh dia tunggu disana sehingga aku sampai.Waktu tu aku hanya memakai baju kurung dan bertudung kuning,wlwpun aku ckp kat dia aku pakai blaus dan jeans sbb aku nk tgk dia dr jauh dulu dan sebaik jer aku tiba disana mata aku melilau mencari kelibat dia tapi tak ketemu...haiii td dalam phone cakap dia pakai baju t-shirt hijau dan berseluar jeans panjang warna biru serta berkacamata tp xde pun kat sini...dia pun tipu aku jgk ke?

    Tetiba aku nmpk si dia di seberang jalan depan,ohhh dia tak tipu aku la,dia pki sama mcm diberitahu sewaktu dlm phone jgk,bila dia tertoleh dan melihat tepat pada aku...aku plak mcm kena panah dek petir....Ya Allah!!! hensemnyer mamat ni,stail rambut dia cukup memukau dgn kacamatanya yg cukup sesuai dgn raut wajahnya menambahkan lg ciri2 maskulin seorg lelaki dan ditambah lg dgn bentuk badan dia yg tegap gila mcm Jiehan Miskin....mesti dia ni jenis org yg aktif dgn gym ni...bisik hatiku nie.Sebaik dia melihat aku dia tersenyum dari jauh dan terus melintas jalan menuju ke arah aku,seketika itulah jgk aku lihat gadis2 yang ada dikawasan itu terus memandang ke arahnya...Mungkin mereka jgk berbisik perkara yang sama mcm aku jgk.Tapi yang peliknya masa aku lihat gmbr dia kat dlm myspace dan tagged dulu,dia xde la nmpk hensem pun,mungkin dia ni jenis xmkn dek gmbr kot...bila kat luar bru nmpk wajah sebenar dia.
    Sebaik jer dia tiba dpn mata aku,dia mula hulurkan tangan dan kenalkan diri "Assalamuailaikum..I"m Kashif Shahzad" dan aku sambut salamnya "I am Zanna"..
Bila tgk dia dekat2 mmg xsyak lg dia mmg hensem,aku mula jatuh hati...alamak bodohnya aku nie xlayan dia elok2 masa memula kenal dulu tentu skrg bila dh jumpa ni dia dh berubah hati apa bila tgk aku..yelah aku rasa rendah diri,rasa mcm xsepadan dgn dia ditambah plak dgn perilaku aku yg buruk semasa melayani dia ketika bercakap dlm phone....Mmmmmm apa nak buat nasi dh jadi bubur,klu dia dh xsudi lg ,aku terima je la nasib ni.Lalu aku bawa dia utk check in di HOTEL SABRINA COURT.
    Waktu sampai di bilik hotel,dia keluarkan sesuatu dari beg bajunya dan berikan pada aku..Katanya gift utk aku,bila aku buka tgk sepasang baju dan satu gelang tangan.Lalu dia sarungkan gelang itu ke tangan ku ,waktu tu adalah saat paling indah sekali buat aku,dia sungguh romantik orgnya.Aku dapat rasakan yang dia seorang yang penyayang dan jgk pemalu namun dari segi tingkah lakunya yang sgt tertib dan bersopan santun,aku yakin dia jenis dari org yang baik2.."Zanna,boleh tak awak cuba pakai baju ini,saya nak tgk..baju ni bkn saya beli tapi mak saya yg jahitkan utk awk"...HAH apa?mak awk jahitkan utk sy?Dia mengangguk.."Saya dah ceritakan semua pasal awk pada mak saya,dia tau tentang awak.Aku tergamam,lalu dia ajak aku keluar mkn mlm,so kami menjamu selera di Pasar Malam Buluh Kubu.Lepas jer mkn aku terus balik rumah dan dia balik ke hotel.
      Tapi ditengah malamnya dia menghubungi aku dan kami bersembang.Dia mula bertanyakan adakah aku suka pada dia?tp aku xjwb sebaliknya aku yang tanya balik kat dia so dia ckp perasaan dia tetap sama terhadap aku sewaktu belum berjumpa... dan bila dh jumpa...dia yakin yang aku adalah orang yang paling tepat untuk menjadi suri hidupnya.Masa tu dalam hati aku nie xusah cerita la...punye la melonjak gembira,xsangka dia betul2 nak serious dgn aku dan saat yang paling aku rasa nak pengsan sgt ialah bila dia cakap....esok dia nak aku bawa dia ke rumah aku untuk jumpa mak ,katanya dia nak melamar dan minta restu dari keluargaku.
     Esok paginya kami sarapan pagi bersama dan juga meluangkan masa dengan membawa dia jalan2 sekitar kawasan Kota Bharu.Kami abadikan kenangan dengan bergambar bersama-sama.Seharian bersama dia,aku mula dapat rasakan ada keserasian diantara aku dan dia.Hati aku mula makin menyukai akan dirinya.Dia memang sangat baik dan lemah lembut.









dia nampak simple sgt kan??tapi inilah org yang berjaya menawan hatiku.


Dari gmbr2 ni pun korang dh bleh baca bagaimana karekter dia kan?

aku suka sgt akan gmbr ni...xtau kenapa...


Dia ni memang aktif main gym sbb tu badan sasa,tengok lengan pun org takut....hehehe


Dalam gmbr ni merupakan kali pertama dia pegang kucing,dia xsuka kucing...geli katanya tp disebabkan aku ni jenis suka sgt dgn kucing,dia pun sentuhla semata-mata nak ambil hatiku....tapi aku suka dia sebab dia tahu hormat binatang,sepanjang kami bersama selepas kahwin ni ,dia tak pernah sepak,pukul binatang mcm org lain wlwpun dia xsuka,klu kucing datang dekat dia,dia xhalau sebaliknya dia plak yang lari cam lipas kudung....hehehe
Bila dia buka kacamata ni bru aku nmpk mata dia yang sebenarnya,cantik sgt warna mata dia tapi tersembunyi disebalik kacamata yang dia pakai.Warna matanya coklat kekuningan seakan-akan oren,sekali tgk mcm mata Hirtik Roshan pun ada jgk  sebab bleh tgk dengan jelas titik mata hitam kecilnya 
 




*~*YOU HAD COMPLETE ME*~*

*
DAN AKHIRNYA ......
AKU TEMUI CINTA SEJATI YANG DICARI -CARI SELAMA INI